Monday, 9 March 2020

ISU MUAMALAH : SISTEM GADAIAN ISLAM DAN SISTEM GADAIAN KONVENSIONAL

Disediakan oleh:-
  • Nur Wahidah binti Hashim.
  • Nadhirah binti Ramley.
  • Nur Syahira Binti Mohd Zulkefli.


Pengertian Gadaian

Definisi: Menahan sesuatu.
Istilah: Sesuatu barangan bernilai yang boleh dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk peminjam.

Hukum Gadaian

Hukum gadaian adalah Harus.
Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud:

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).”

Rukun Gadaian

  1. Penggadai
  2. Barang yang digadai
  3. Pemegang gadaiIjab dan Qabul
  4. Barang yang diberikan kepada penggadai (bayaran)

Syarat Sah Gadaian

  • Harta yang digadai sah untuk dijual.
  • Orang yang menggadai dan menerima itu akil baligh.
  • Gadaian yang dibuatdengan kerelaan sendiri. 
  • Barang kepunyaan sendiriTidak boleh merugikan orang yang menggadai.
  • Tidak boleh merugikan orang yang menerima gadaian.

Hikmah Gadaian

  • Memberikan kemudahan kepada orang lain.
  • Memberikan jaminan kepada orang lain yang diberi hutang.
  • Mengembangkan ekonomi orang lain.
  • Menunjukkan bahawa institusi kewangan Islam tidak memisahkan antara faktor ibadah khusus iaitu fardhu ain dan faktor ibadah umum iaitu fardhu kifayah.
  • Islam menyepadukan kedua-duanya dalam satu ikatan yang erat dan padu.
  • Institusi Kewangan Islam berfungsi membangunkan aspek kerohanian manusia dengan serentak dengan aspek kebendaan.

Perkara yang membatalkan gadaian

  • Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai.
  • Penggadai telah membayar semua dengan hutangnya.
  • Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah.
  • Pemegang gadai membatalkan (fasakh) gadai walaupun tanpa pengatahuan penggadai.
  • Penggadai meninggal dunia.
  • Barang yang digadai rosak.
  • Barang yang digadai telah disewa, dihebah atau disedekahkan kepada orang lain.

Perbezaan Gadaian Islam dan Konvensional



Sistem Gadaian Konvensional


Kadar Caj Faedah

  • Menurut Akta Pajak Gadai 1972 faedah yang dibenarkan ialah 2% atau 24% setahun. 
  • Jika dikenakan caj melebihi jumlah tersebut akan dikenakan akta.

Tempoh Gadaian

  • Selama enam bulan.
  • Gadaian boleh ditebuskan pada bila-bila masa. 
  • Setiap butir lanjutan hendaklah dibuat dalam buku pemegang pajak gadai dan juga dalam surat pajak gadai untuk melanjutkan tempoh masa jika barang gadaian tidak ditebus sebelum tamat tempoh.
  • Sekiranya gagal menebus sebelum tampat tempoh, barangan gadaian akan dilupuskan.
  • Pinjaman yang kurang daripada RM200.00 akan menjadi milik pemegang gadai secara automatik. Jikalau pinjamannya melebihi RM200, ia hanya boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen.  Pemegang pajak gadai juga boleh membuat tawaran untuk membeli barang gadaian tersebut.

Hak Sebagai Penggadai

  • Pemajak gadai berhak secara mutlak ke atas wang lebihan lelongan. 
  • Pemegang pajak gadai dikehendaki memberitahu pemajak gadai mengenai jualan itu melalui surat berdaftar dalam tempoh tujuh hari dari had lelongan dan menghantar penyata menunjukan lebihan berkenan. 
  • Pemegang pajak gadai berkenaan dikehendaki membayar wang lebihan tersebut kepada akauntan Negara(Kerajaan) dalam masa 14 hari sekiranya pemajak gadai tidak menuntut  lebihan  wang tersebut dalam tempoh empat bulan, 
  • Pemajak gadai masih boleh menuntut lebihan itu daripada perbendaharaan.
  • Dalam tempoh empat bulan selepas pelelongan, pemegang pajak gadai hendaklah membenarkan pemegang surat pajak gadai itu memeriksa catatan mengenai jualan itu dalam buku pemegang pajak gadai. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 memperuntukan salinan surat pajak gadai diberikan secara percuma dengan tidak berlengah. 
  • Pemegang pajak gadai perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan surat sumpah daripada Pesuruhjaya sumpah. 
  • Pemegang Pajak Gadai mempunyai tanggungjawab untuk menjaga barang-barang gadaian itu dengan cermat dan bersungguh-sungguh sebagaimana menjaga harta bendanya. 
  • Pemegang Pajak Gadai hendaklah bertanggungjawab bagi kehilangan atau kerosakan barang gadaian

Barang dan Butiran 



  • Pemajak gadai dikehendaki membawa barangan gadaian tersebut  untuk mendapatkan pinjaman.
  • Pemegang pajak gadai haruslah mencatatkan butir-butir transaksi pemajakgadaian dalam buku.
  • Mengeluarkan surat pajak gadai.

Rujukan


  • Mohd Helmy dan Rabihah (2018), Nota Ulangkaji Pendidikan Islam, Pahang:Perkasa Ummah Enterprise
  • Maimon Husin, Apendi Sahi, Zulhazmi Omar dan Mohammad Zaini Yahaya (2009) Pendidikan Islam, Selangor: Sasbadi Sdn Bhd
  • Md Zuraini Mashrom et, al. (2017), Pendidikan Islam Teras, Selangor: Pustaka Al-Ehsan

Untuk maklumat tambahan, boleh merujuk video dibawah :



ISU MUNAKAHAT : KADAR MAHAR DALAM PERKAHWINAN

Disediakan oleh :
  • Nadhirah binti Ramley
  • Nur Wahidah binti Hashim
  • Nur Syahira binti Mohd Zulkefli

PENGERTIAN DAN HUKUM MAHAR

Pengertian mahar  :
Mahar atau mas kahwin ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.
Hukum
Pemberian mahar adalah WAJIB ke atas suami kepada isteri. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa,ayat 4:


JENIS DAN KADAR MAHAR

Jenis-jenis mahar :


Kadar mahar :
  • Islam tidak menentukan kadar pemberian mahar kerana ia bergantung kepada kemampuan suami dan persetujuan kedua keluarga pengantin lelaki dan perempuan.

SYARAT DAN HIKMAT MAHAR
Syarat-syarat mahar :
  • Ulama' Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa semua jenis barang atau manfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar seperti wang, kebun, rumah atau pengajaran Al-Quran.
Hikmat pemberian mahar :
  • melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup
  • memuliakan dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita
  • sebagai persiapan pertama suami untuk memikul tanggungjawab seperti memberi nafkah kepada isteri
  • sebagai tanda kesanggupan suami membina rumah tangga

PERBANDINGAN KADAR MAHAR

Kadar mahar dalam Islam
  • Dalam islam, mahar tidak dihadkan oleh syarak sama ada banyak atau sedikit
  • Maka, untuk menentukannya, terpulanglah kepada kedua-dua belah pihak pasangan untuk mengambil kata persetujuan sama ada untuk mengira atau mengikut taraf ataupun tidak
  • Tetapi islam tidak menggalakkan pihak perempuan untuk meminta mahar yang terlalu tinggi kerana bimbang akan menyukarkan pihak lelaki. Hal ini secara tidak langsung akan melengah-lengahkan perkara baik yang sepatutnya berjalan dengan lancar.
Seperti mana sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik mahar ialah yang lebih rendah"
(R.A Daud)
"Sesungguhnya yang besar berkat nikahnya ialah yang sederhana belanjanya"
(R.Ahmad)

Kadar mahar dengan situasi masa kini
  • Dalam situasi masa kini iaitu bagi sesetengah negeri, pihak JAKIM telah menyenaraikan kadar mahar maksima kepada lelaki yang ingin berkahwin mengikut negeri  di Malaysia seperti jadual di bawah (sumber daripada JAKIM) :

  • Walau bagaimanapun, pada masa kini, kebanyakkan masyarakat meminta mahar mengikut taraf pendidikan seseorang seperti yang dilaporkan dalam akhbar dibawah:

  • Ada sesetengah negeri yang wang hantarannya diangkat bersama mahar ketika akad tetapi ada juga sesetengah negeri yang hanya mengangkat nilai mahar dan wang hantaran pula dikira sebagai wang hangus iaitu wang yang digunakan untuk mengadakan walimatulurus.
  • Perbandingan kadar mahar ini dilihat sangat ketara antara kadar mahar dalam islam dengan kadar mahar mengikut masa kini. Hal ini menunjukkan agama Islam menitikberatkan semua aspek bagi memudahkan urusan terutamanya perkara yang membawa ke arah kebaikan seperti membina rumah tangga.



RUJUKAN :

  • Mohd Helmy dan Rabihah (2018), Nota Ulangkaji Pendidikan Islam, Pahang:Perkasa Ummah Enterprise
  • Maimon Husin, Apendi Sahi, Zulhazmi Omar dan Mohammad Zaini Yahaya (2009) Pendidikan Islam, Selangor: Sasbadi Sdn Bhd
  • Md Zuraini Mashrom et, al. (2017), Pendidikan Islam Teras, Selangor: Pustaka Al-Ehsan
Untuk maklumat tambahan, boleh merujuk video dibawah :

ISU MUAMALAH : SISTEM GADAIAN ISLAM DAN SISTEM GADAIAN KONVENSIONAL

Disediakan oleh :- Nur Wahidah binti Hashim. Nadhirah binti Ramley. Nur Syahira Binti Mohd Zulkefli. Pengertian Gadaian Def...