Disediakan oleh :
- Nadhirah binti Ramley
- Nur Wahidah binti Hashim
- Nur Syahira binti Mohd Zulkefli
PENGERTIAN DAN HUKUM MAHAR
Pengertian mahar :
Mahar atau mas kahwin ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.
Hukum : Pemberian mahar adalah WAJIB ke atas suami kepada isteri. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa,ayat 4:
JENIS DAN KADAR MAHAR
Jenis-jenis mahar :
Kadar mahar :
- Islam tidak menentukan kadar pemberian mahar kerana ia bergantung kepada kemampuan suami dan persetujuan kedua keluarga pengantin lelaki dan perempuan.
SYARAT DAN HIKMAT MAHAR
Syarat-syarat mahar :
- Ulama' Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa semua jenis barang atau manfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar seperti wang, kebun, rumah atau pengajaran Al-Quran.
Hikmat pemberian mahar :
- melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup
- memuliakan dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita
- sebagai persiapan pertama suami untuk memikul tanggungjawab seperti memberi nafkah kepada isteri
- sebagai tanda kesanggupan suami membina rumah tangga
PERBANDINGAN KADAR MAHAR
Kadar mahar dalam Islam
- Dalam islam, mahar tidak dihadkan oleh syarak sama ada banyak atau sedikit
- Maka, untuk menentukannya, terpulanglah kepada kedua-dua belah pihak pasangan untuk mengambil kata persetujuan sama ada untuk mengira atau mengikut taraf ataupun tidak
- Tetapi islam tidak menggalakkan pihak perempuan untuk meminta mahar yang terlalu tinggi kerana bimbang akan menyukarkan pihak lelaki. Hal ini secara tidak langsung akan melengah-lengahkan perkara baik yang sepatutnya berjalan dengan lancar.
Seperti mana sabda Rasulullah SAW :
"Sebaik-baik mahar ialah yang lebih rendah"
(R.A Daud)
"Sesungguhnya yang besar berkat nikahnya ialah yang sederhana belanjanya"
(R.Ahmad)
Kadar mahar dengan situasi masa kini
- Dalam situasi masa kini iaitu bagi sesetengah negeri, pihak JAKIM telah menyenaraikan kadar mahar maksima kepada lelaki yang ingin berkahwin mengikut negeri di Malaysia seperti jadual di bawah (sumber daripada JAKIM) :
- Walau bagaimanapun, pada masa kini, kebanyakkan masyarakat meminta mahar mengikut taraf pendidikan seseorang seperti yang dilaporkan dalam akhbar dibawah:
- Ada sesetengah negeri yang wang hantarannya diangkat bersama mahar ketika akad tetapi ada juga sesetengah negeri yang hanya mengangkat nilai mahar dan wang hantaran pula dikira sebagai wang hangus iaitu wang yang digunakan untuk mengadakan walimatulurus.
- Perbandingan kadar mahar ini dilihat sangat ketara antara kadar mahar dalam islam dengan kadar mahar mengikut masa kini. Hal ini menunjukkan agama Islam menitikberatkan semua aspek bagi memudahkan urusan terutamanya perkara yang membawa ke arah kebaikan seperti membina rumah tangga.
RUJUKAN :
- Mohd Helmy dan Rabihah (2018), Nota Ulangkaji Pendidikan Islam, Pahang:Perkasa Ummah Enterprise
- Maimon Husin, Apendi Sahi, Zulhazmi Omar dan Mohammad Zaini Yahaya (2009) Pendidikan Islam, Selangor: Sasbadi Sdn Bhd
- Md Zuraini Mashrom et, al. (2017), Pendidikan Islam Teras, Selangor: Pustaka Al-Ehsan
Untuk maklumat tambahan, boleh merujuk video dibawah :
No comments:
Post a Comment