Disediakan oleh:-
- Nur Wahidah binti Hashim.
- Nadhirah binti Ramley.
- Nur Syahira Binti Mohd Zulkefli.
Pengertian Gadaian
Definisi: Menahan sesuatu.Istilah: Sesuatu barangan bernilai yang boleh dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk peminjam.
Hukum Gadaian
Hukum gadaian adalah Harus.
Ini
adalah berdasarkan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah
ayat 283 yang bermaksud:
“Dan
jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang
bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan
barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).”
Rukun Gadaian
- Penggadai
- Barang yang digadai
- Pemegang gadaiIjab dan Qabul
- Barang yang diberikan kepada penggadai (bayaran)
Syarat Sah Gadaian
- Harta yang digadai sah untuk dijual.
- Orang yang menggadai dan menerima itu akil baligh.
- Gadaian yang dibuatdengan kerelaan sendiri.
- Barang kepunyaan sendiriTidak boleh merugikan orang yang menggadai.
- Tidak boleh merugikan orang yang menerima gadaian.
Hikmah Gadaian
- Memberikan kemudahan kepada orang lain.
- Memberikan jaminan kepada orang lain yang diberi hutang.
- Mengembangkan ekonomi orang lain.
- Menunjukkan bahawa institusi kewangan Islam tidak memisahkan antara faktor ibadah khusus iaitu fardhu ain dan faktor ibadah umum iaitu fardhu kifayah.
- Islam menyepadukan kedua-duanya dalam satu ikatan yang erat dan padu.
- Institusi Kewangan Islam berfungsi membangunkan aspek kerohanian manusia dengan serentak dengan aspek kebendaan.
Perkara yang membatalkan gadaian
- Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai.
- Penggadai telah membayar semua dengan hutangnya.
- Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah.
- Pemegang gadai membatalkan (fasakh) gadai walaupun tanpa pengatahuan penggadai.
- Penggadai meninggal dunia.
- Barang yang digadai rosak.
- Barang yang digadai telah disewa, dihebah atau disedekahkan kepada orang lain.
Perbezaan Gadaian Islam dan Konvensional
Sistem Gadaian Konvensional
Kadar Caj Faedah
- Menurut Akta Pajak Gadai 1972 faedah yang dibenarkan ialah 2% atau 24% setahun.
- Jika dikenakan caj melebihi jumlah tersebut akan dikenakan akta.
Tempoh Gadaian
- Selama enam bulan.
- Gadaian boleh ditebuskan pada bila-bila masa.
- Setiap butir lanjutan hendaklah dibuat dalam buku pemegang pajak gadai dan juga dalam surat pajak gadai untuk melanjutkan tempoh masa jika barang gadaian tidak ditebus sebelum tamat tempoh.
- Sekiranya gagal menebus sebelum tampat tempoh, barangan gadaian akan dilupuskan.
- Pinjaman yang kurang daripada RM200.00 akan menjadi milik pemegang gadai secara automatik. Jikalau pinjamannya melebihi RM200, ia hanya boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen. Pemegang pajak gadai juga boleh membuat tawaran untuk membeli barang gadaian tersebut.
Hak Sebagai Penggadai
- Pemajak gadai berhak secara mutlak ke atas wang lebihan lelongan.
- Pemegang pajak gadai dikehendaki memberitahu pemajak gadai mengenai jualan itu melalui surat berdaftar dalam tempoh tujuh hari dari had lelongan dan menghantar penyata menunjukan lebihan berkenan.
- Pemegang pajak gadai berkenaan dikehendaki membayar wang lebihan tersebut kepada akauntan Negara(Kerajaan) dalam masa 14 hari sekiranya pemajak gadai tidak menuntut lebihan wang tersebut dalam tempoh empat bulan,
- Pemajak gadai masih boleh menuntut lebihan itu daripada perbendaharaan.
- Dalam tempoh empat bulan selepas pelelongan, pemegang pajak gadai hendaklah membenarkan pemegang surat pajak gadai itu memeriksa catatan mengenai jualan itu dalam buku pemegang pajak gadai. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 memperuntukan salinan surat pajak gadai diberikan secara percuma dengan tidak berlengah.
- Pemegang pajak gadai perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan surat sumpah daripada Pesuruhjaya sumpah.
- Pemegang Pajak Gadai mempunyai tanggungjawab untuk menjaga barang-barang gadaian itu dengan cermat dan bersungguh-sungguh sebagaimana menjaga harta bendanya.
- Pemegang Pajak Gadai hendaklah bertanggungjawab bagi kehilangan atau kerosakan barang gadaian
Barang dan Butiran
- Pemajak gadai dikehendaki membawa barangan gadaian tersebut untuk mendapatkan pinjaman.
- Pemegang pajak gadai haruslah mencatatkan butir-butir transaksi pemajakgadaian dalam buku.
- Mengeluarkan surat pajak gadai.
Rujukan
- Mohd Helmy dan Rabihah (2018), Nota Ulangkaji Pendidikan Islam, Pahang:Perkasa Ummah Enterprise
- Maimon Husin, Apendi Sahi, Zulhazmi Omar dan Mohammad Zaini Yahaya (2009) Pendidikan Islam, Selangor: Sasbadi Sdn Bhd
- Md Zuraini Mashrom et, al. (2017), Pendidikan Islam Teras, Selangor: Pustaka Al-Ehsan
Untuk maklumat tambahan, boleh merujuk video dibawah :
No comments:
Post a Comment